Skip to main content

PPP TERIMA ANUGERAH KHAS DI MAJLIS KECEMERLANGAN ATLET UTHM 2024

PPP Anugerah Khas

28 Oktober 2025 I Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Atlet UTHM 2024


Seramai 70 atlet UTHM diraikan dalam Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Atlet 2024 yang berlangsung di Bilik Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), yang juga Menjalankan Fungsi Naib Canselor sebagai tanda penghargaan kepada atlet yang mengharumkan nama universiti di kejohanan seperti Asean University Games (AUG), Sukan Malaysia (SUKMA), Kejohanan Sukan Utama KPT, Temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) dan Karnival Sukan Antara Universiti Awam Malaysia (MASUM) sepanjang tahun 2024.

Majlis turut menyaksikan kalungan semula pingat serta penyampaian Anugerah Olahragawan, Olahragawati dan Anugerah Khas 2024.

Turut hadir memeriahkan majlis, YBrs. Sr. Dr. Anuar Mohd Salleh, Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan; para Pengarah PTj HEPA, Timbalan-timbalan Dekan HEPA dan tetamu jemputan.

Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Sukan dan Kebudayaan atas anugerah yang diberi. 

TERIMA KASIH PSKU
  • Hits: 372

GOTONG ROYONG EKSA PPP

 

Pada 4 September 2025, Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP) telah melaksanakan aktiviti gotong royong EKSA pejabat. Aktiviti ini dijalankan sebagai persediaan PPP menghadapi audit EKSA pada akhir September nanti. 

 

Aktiviti ini telah memupuk semangat kerjasama dikalangan warga kerja PPP selain berupaya menghasilkan persekitaran kerja yang bersih dan sihat. Selain itu, aktiviti ini telah meningkatkan tanggungjawab sosial dikalangan warga kerja PPP.

  • Hits: 171

BRISK WALK MERDEKA PPP

 

Pada 29 Mei 2025, Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP) dengan kerjasama Kelab Harta Bina (KHB) telah menganjurkan program Brisk Walk Merdeka PPP. Program sejauh 4.62 kilometer ini telah dimulakan pada jam 8:00 pagi dengan proses regangan otot yang diketuai oleh Biro Sukan dan Rekreasi, KHB. 

Pengarah PPP, Prof. Madya Dr. Mohammad Kamil bin Abdullah telah berbesar hati untuk melakukan flag off kepada semua staf sejurus selepas merasmikan program ini. Program ini bertujuan memperkukuh kejelekitan (congeniality) dan semangat kekitaan dalam warga kerja UTHM selaras dengan hasrat Naib Canselor UTHM dalam pemerkasaan budaya kerja harmoni dan inklusif melalui aktiviti bulanan bersama staf.

 

 

  • Hits: 163

SEMINAR PENGURUSAN PEMBAYARAN KERJA, PERKHIDMATAN DAN BEKALAN

30 Julai 2025 | Dewan Banquet UTHM

Pada hari ini, Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP), UTHM, telah menganjurkan Seminar Pengurusan Pembayaran Kerja, Perkhidmatan dan Bekalan Kerajaan. Seminar ini telah diadakan di Dewan Banquet, Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM.

Seminar ini telah dihadiri oleh 59 peserta daripada 45 buah syarikat dan turut disertai oleh 33 peserta dari kalangan staf UTHM. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah diberi maklumat berkaitan tatacara pembayaran yang dilaksanakan di Universiti. Mereka juga didedahkan dengan pekeliling kerajaan yang sedang berkuatkuasa. Selain itu, seminar ini juga memberi peluang kepada kontraktor aktif di UTHM untuk mengemukakan sebarang isu-isu berkaitan pembayaran serta memahami prosedur tuntutan dengan lebih jelas dan teratur.

Read more …SEMINAR PENGURUSAN PEMBAYARAN KERJA, PERKHIDMATAN DAN BEKALAN

  • Hits: 954