Skip to main content

EKSA

Ekosistem Kondusif
Sektor Awam

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN

Kemaskini: 1 Sept 2024

Front Desk PPP

EKSA bukan sekadar amalan pengurusan ruang fizikal, tetapi merupakan pendekatan holistik untuk mewujudkan budaya kerja yang lebih kondusif, inovatif dan berdaya saing. Melalui pelaksanaan EKSA, sektor awam dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik, cekap dan berkualiti kepada rakyat.

Apa itu EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk menambah baik persekitaran kerja di agensi-agensi kerajaan. Untuk info lebih lanjut, boleh layari yang tertera,

https://eksa.uthm.edu.my/

Kemas fail dan tempat kerja masing-masing
Susun atur fail-fail

DASAR EKSA

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bertekad untuk menerapkan budaya kerja yang produktif, inovatif dan kreatif, serta mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menjamin perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efektif melalui pelaksanaan berterusan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Objektif


Persekitaran Profesional

Meningkatkan Imej Korporat

Memperbaiki imej korporat melalui persekitaran kerja yang lebih profesional.

Kreativiti dan Inovasi

Galakan Kreativiti dan Inovasi

Menggalakkan kreativiti dan inovasi selaras dengan kehendak pihak berkepentingan.

Amalan Hijau

Persekitaran Hijau

Menggalakkan aktiviti mesra alam melalui pembudayaan amalan hijau.

Persekitaran Kondusif

Pelaksanaan PTj

Memperluaskan pelaksanaan di PTj bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih teratur dan selesa.

Pengauditan PTj

Elemen Pengauditan

Memastikan elemen pengauditan menepati keperluan PTj supaya selaras dengan standard yang ditetapkan.