Skip to main content

SESI PERKONGSIAN BERSAMA
PENGARAH PPP
DAN
BICARA INTEGRITI

Pada 5 November 2024, sambutan Hari Integriti Nasional telah diadakan dengan objektif membudayakan integriti, memupuk nilai murni, dan memperkukuhkan tadbir urus dalam masyarakat. Bersempena dengan sambutan ini, Unit Integriti UTHM bersama Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP) telah menganjurkan program bertajuk "Bicara Integriti: Penjawat Badan Berkanun dan Risiko Rasuah", khusus untuk staf PPP.

Dalam sesi perkongsian bersama Pengarah PPP, beliau berkongsi perancangan strategik PPP untuk tahun 2025 yang perlu diberikan perhatian dan tindakan oleh semua staf bagi memastikan pencapaian objektif organisasi.

Pengarah turut menyampaikan pesanan penting yang menekankan dua amalan utama:
a) Menunaikan solat pada awal waktu, sebagai satu usaha memperkukuhkan disiplin dan nilai rohani di tempat kerja.
b) Amalan 'clock in' dan 'clock out', yang bertujuan memastikan ketepatan masa dan pematuhan terhadap etika kerja profesional.

Sesi ini bertujuan menyelaraskan kefahaman semua staf terhadap hala tuju organisasi dan mengukuhkan budaya kerja yang positif dan berintegriti.

Program ini bertujuan menyokong dasar dan hala tuju kerajaan seiring dengan konsep Malaysia Madani, di samping menyebarluaskan kesedaran tentang pentingnya integriti dalam organisasi. Acara ini lebih bermakna dengan kehadiran Penolong Pesuruhjaya SPRM Johor, Tuan Mohd Fauzi bin Shadollah, yang telah berkongsi pandangan mendalam mengenai risiko rasuah serta isu-isu berkaitan. Program ini menjadi platform interaksi langsung dan dialog bermakna antara peserta dan pakar.