Skip to main content

- VISI -

Menuju ke arah universiti bertaraf dunia dalam kejuruteraan, sains dan teknologi untuk pembangunan lestari


- MISI -

UTHM komited untuk mewujudkan dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi berasaskan paradigma tauhid


- MOTO -

Dengan Hikmah Kita Meneroka


- HALA TUJU -

UTHM sebagai sebuah Global Technopreneur University 2030 (#GTU2030)

- OBJEKTIF -

I ...

Meningkatkan imej universiti melalui hubungan dua hala bersama pelbagai agensi, jabatan dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti dan kerjasama.


II ...

Menyelaras dan menguruskan aktiviti perhubungan awam, hubungan media dan promosi serta menguruskan perjalanan setiap majlis anjuran Universiti mengikut piawaian yang ditetapkan.


III ...

Menyelaras pengumpulan serta penyebaran maklumat universiti yang tepat dan terkini dalam usaha menyokong aktiviti pemantauan dan publisiti untuk keperluan pihak berkepentingan.

IV ...

Menyediakan konsep reka bentuk grafik yang selaras dengan keperluan dan imej universiti.

V ...

Menguruskan aktiviti pemasaran universiti melalui pameran yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan organisasi luar.

VI ...

Menguruskan perkhidmatan percetakan bagi hal-hal berkaitan pengurusan dan pentadbiran universiti.