
Pada 29 Mei 2025, Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP) dengan kerjasama Kelab Harta Bina (KHB) telah menganjurkan program Brisk Walk Merdeka PPP. Program sejauh 4.62 kilometer ini telah dimulakan pada jam 8:00 pagi dengan proses regangan otot yang diketuai oleh Biro Sukan dan Rekreasi, KHB.
Pengarah PPP, Prof. Madya Dr. Mohammad Kamil bin Abdullah telah berbesar hati untuk melakukan flag off kepada semua staf sejurus selepas merasmikan program ini. Program ini bertujuan memperkukuh kejelekitan (congeniality) dan semangat kekitaan dalam warga kerja UTHM selaras dengan hasrat Naib Canselor UTHM dalam pemerkasaan budaya kerja harmoni dan inklusif melalui aktiviti bulanan bersama staf.
- Hits: 163