Skip to main content

30 Julai 2025 | Dewan Banquet UTHM

Pada hari ini, Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan (PPP), UTHM, telah menganjurkan Seminar Pengurusan Pembayaran Kerja, Perkhidmatan dan Bekalan Kerajaan. Seminar ini telah diadakan di Dewan Banquet, Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM.

Seminar ini telah dihadiri oleh 59 peserta daripada 45 buah syarikat dan turut disertai oleh 33 peserta dari kalangan staf UTHM. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah diberi maklumat berkaitan tatacara pembayaran yang dilaksanakan di Universiti. Mereka juga didedahkan dengan pekeliling kerajaan yang sedang berkuatkuasa. Selain itu, seminar ini juga memberi peluang kepada kontraktor aktif di UTHM untuk mengemukakan sebarang isu-isu berkaitan pembayaran serta memahami prosedur tuntutan dengan lebih jelas dan teratur.